"Welcome back, makan-makan," dari jauh saya disapa seorang lelaki Vietnam.
Saya hairan lalu berkata, "Makan-makan?"
Lelaki itu hanya ketawa. Beliau adalah seorang mekanik dan juga pemilik sebuah syarikat sewa kereta.
Setiap kali saya hadir di kedainya, itulah sapaan yang diterima.
Ya, beliau menggelar saya 'Makan-Makan' hanya kerana saya orang Malaysia.
Mengapa digelar begitu? Entahlah...
Hendak dimarah, saya fikir ia hanya gurauan. Jadi saya tidak ambil pusing.
Jadi pada entri kali ini, saya ingin berkongsi tentang tempat 'makan-makan' halal di Perth.
Terdapat banyak
restoren halal dan saya sempat berkunjung ke beberapa tempat.
1. Ispa Kebabs
110
William Street
Perth
Western Australia 6000
Telefon
: 08 9379 0022
Kedai
ini dibuka dari jam 9 pagi - 9 malam. Terdapat beberapa cawangan lagi iaitu di
Harbour Town, Wellington Street dan beberapa pusat membeli-belah di luar
bandar.
Kebab
yang dijual boleh tahan juga rasanya.
2. Indonesia Indah
118-120
Barrack Street
Perth
WA 6000, Australia
Telefon:+61
8 9221 3970
Kedai
ini dibuka dari jam 11 pagi - 9 malam. Makanan yang disediakan adalah nasi
campur dan lauk-pauk masakan Indonesia.
Hanya
berkunjung sekali sahaja ke sini. Makanan yang dijual seakan tidak kena dengan
selera saya. Tetapi lain orang lain seleranya. Mungkin anda menyukainya.
3. Insan’s Cafe
113
Murray Street
Perth
WA 6000, Australia
Telefon:+61
8 9221 0588
Ia
dibuka dari jam 11.30 pagi – 9 malam. Pelbagai menu disediakan.
Cuma
ada beberapa hidangan yang sudah tidak dijual masih terdapat di menu kaca,
menyukarkan pengunjung untuk memilih.
4. Levant Lebanese Restaurant
139
Barrack Street
Perth
WA 6000, Australia
Telefon:+61
8 9325 3496
Ia
dibuka dari jam 9 pagi – 9 malam.
Saya
tidak pernah membeli makanan disini tetapi kedai ini telah beroperasi selama
lebih 15 tahun. Ada yang mengatakan, jika mahu rasa makanan arab di Perth,
inilah kedainya.
5. San Churro Chocolateria
1
Rokeby Road
Subiaco
Telefon:
+61 8 9388 2288
Ia
dibuka dari jam 9 pagi – 9 malam.
Jika
anda inginkan kelainan, sudi-sudikan ke San Churro Chocolateria bagi menikmati
hidangan yang kaya dengan rasa coklat.
Segala
yang dijual memang sedap belaka. Saya, suami dan rakan-rakan hampir tidak mahu
pulang kerana sangat leka menikmati kesedapan coklat yang dijual disini.
6. Tina’s Kitchen
6/16
Mends Street
South
Perth 6151
Telefon:
04 3093 8300
Ia
dibuka dari jam 5 petang – 9 malam. Ditutup pada hari Ahad.
Restoren
ini milik Puan Kartinah yang berasal dari Singapura. Terletak berhampiran jeti
Mends Street, South Perth. Lokasinya agak terlindung sedikit.
Ramai
pelajar Universiti Western Australia dari Malaysia pernah bekerja secara
sambilan disini.
Hampir
setiap minggu saya akan ke sini untuk menikmati Mee Hong Kong kegemaran saya.
Suami juga gemar dengan juadah makanan yang disediakan.
7. Roj’s Kebab
16,
Mends Street
South
Perth, 6151
Telefon:
08 9368 2668
Dibuka
dari jam 11.00 pagi – 11 malam.
Lokasi
kedai ini lebih strategik dari kedai Tina’s Kitchen. Maka sudah tentu ramai
orang yang berkunjung ke kedai ini.
Makanan
yang dijual adalah dalam kuantiti yang banyak. Satu hidangan “Seafood Basket”
boleh dinikmati dua orang.
8. Mak'Indos Cafe
Shop
3, Centro Victoria Park (Shopping Centre)
Duncan
St side, Victoria Park WA 6100
Telefon:
(08) 9470 5656
Dibuka
dari jam 11 pagi – 8 malam
Terletak
agak jauh dari bandar. Walau bagaimana pun hidangan yang disediakan agak sedap.
9. Malaysia Dining Delights
111
Manning Road
Bentley,
WA 6102
Telefon:
04 2452 2486
Dibuka dari jam 11 pagi – 10.30
malam
Restoren
ini amat popular dikalangan pelajar Universiti Curtin. Ia terletak tidak jauh
dari kampus.
Masakannya
memang sangat sedap. Lebih baik buat tempahan awal kerana tempat duduk sangat
terhad.
Tips :
1.
Kebanyakkan restoren halal
yang menyediakan makanan Malaysia terletak agak jauh sedikit dari bandar.
2.
Waktu operasi kebanyakkan
restoren ini bermula jam 11 pagi – 3 petang. Kemudian ia ditutup sebentar
sebelum dibuka semula jam 5 petang – 10.30 malam.
3.
Kebanyakkan makanan
dihidangkan dalam kuantiti yang besar. Satu hidangan boleh dikongsi dua orang.
Melainkan jika anda mempunyai selera yang besar.
4.
Dikebanyakkan kedai, cili
sos disini tidak sama seperti yang terdapat di Malaysia. Ada yang terlampau
pedas dan ada juga yang masam.
5.
Boleh lawati laman sesawang
aussiemuslim.net bagi mendapatkan info tentang restoren dan kedai runcit halal.
No comments:
Post a Comment