Sunday, March 9, 2014

Berjalan Di Beting Pasir dan 'Kite Boarding'

Point Walter terletak di daerah Melville, hampir 20 minit pemanduan dari pusat bandar.

Ia adalah kawasan rekreasi hujung minggu bagi penduduk tempatan. Tempat ini amat sesuai bagi aktiviti renang, memancing dan berkelah.





            Namun yang paling menarik adalah beting pasir sepanjang 1km menghala ke sungai.

            Jika air sungai pasang, beting pasir ini tidak kelihatan kerana ditenggelami air. Namun apabila waktu air surut, kita boleh berjalan diatas beting pasir.

            Ketika berjalan ke beting pasir tersebut, perlu mengharung air setinggi paras betis. Ia menyeronokkan!

                       
           








Ada kebakaran hutan tidak jauh dari sini











 















Terdapat juga aktiviti ‘kite boarding’ di sini.



















Point Walter menjadi tapak pilihan bagi aktiviti belia seperti ‘YAC It Up’. Selalunya satu konsert kecil khas bagi para belia yang diadakan oleh City Council of Melville.



Dikawasan ini konsert diadakan



Captain Cook Cruise menuju ke Fremantle 


Tips :

1.    Jika mahu ke sini, lebih baik menaiki kereta daripada menaiki pengangkutan awam. Ini kerana sebaik berhenti di perhentian bas, perlu berjalan kaki hampir 300 meter menuruni bukit.

2.  Jika ingin menaiki pengangkutan awam, boleh menaiki bas bernombor 106 di Esplanade Busport.

3.    Sesuai bagi perkelahan bersama anak-anak kecil kerana banyak kawasan redup.


4. Jika berminat ingin belajar kite boarding, boleh layari laman sesawang www.elementalkiteboarding.com

No comments:

Post a Comment