Sebelum ke Point
Walter, sebenarnya kami singgah di Deep Water Point. Ia terletak di Sungai
Canning daerah Mount Pleasant.
Tempat ini amat popular dengan
aktiviti sukan air seperti water ski
dan jet ski.
Terdapat juga taman permainan
kanak-kanak yang menghadap sungai dan jambatan Mt Henry yang sibuk dengan
ratusan kereta melaluinya setiap hari. Namun yang menarik perhatian kami adalah
arca-arca seni yang dipamer di situ.
‘Sculpture
by the Sea’ adalah satu acara yang telah bermula di Sydney pada tahun 1997. Ia
mempamerkan karya dari karyawan arca tempatan. Kemudian pada tahun 2005, pantai
Cottesloe pula menjadi pilihan dan kini ia menjadi acara tahunan.
Langkah pihak berkuasa City of Melville
yang turut menganjurkan acara yang hampir sama telah mendapat reaksi pro dan
kontra daripada penduduk tempatan. Ini kerana ramai yang mengatakan ia adalah
satu pembaziran.
Walau bagaimanapun pameran selama 12
hari ini telah berjaya menarik minat pelancong yang gemar kepada seni arca.
Kami bukanlah peminat seni arca
tetapi atas dasar ingin tahu kami turut melihat pameran yang diadakan.
Terdapat 26 arca yang dipamer dan
kami amat terperanjat dengan harga setiap arca yang ditawarkan. Ada yang mencecah
ribuan dollar Australia!
Mungkin kerana kami tidak memahami
nilai estetik setiap arca ini, maka kami hanya mengeleng apabila melihat tanda harganya.
Tips:
1.
Pameran ‘Sculpture by the
Sea’ diadakan setiap tahun pada penghujung bulan Mac.
2.
Lebih mudah datang ke sini
dengan menaiki kereta daripada menaiki pengangkutan awam.
3.
Walaupun terdapat sebuah
kafe di sini, adalah lebih baik membawa makanan sendiri.
No comments:
Post a Comment