Mengikut sejarah, dahulu
bandar Fremantle atau lebih dikenali dengan nama Freo, adalah tempat
berlabuhnya kapal membawa pendatang dari seluruh dunia yang ingin mencipta
kehidupan yang baru.
Kini dengan adanya pengangkutan udara, ia tidak lagi menjadi tempat pendaratan imigran. Sebaliknya ia menjadi sebuah pelabuhan yang sibuk dengan kapal nelayan, kapal kontena dan juga kapal pelayaran.
Walau bagaimana pun ia bukan hanya sekadar sebuah pelabuhan tetapi telah menjadi sebuah bandar kosmopolitan. Pelbagai kaum dan berbilang budaya terdapat di sini.
Ia juga dikenali dengan bandar warisan budaya kerana terdapat banyak bangunan-bangunan lama dan bersejarah.
Kini setiap bangunan lama telah dibaik pulih dan dipelihara bagi menggalakkan pelancong dari dalam dan luar negara berkunjung.
Ada banyak tempat yang boleh
dilawati apabila berada di bandar ini. Sekiranya anda menggemari makanan laut,
Fishing Boat Harbour adalah tempat yang wajib dikunjungi.
Jika bernasib baik, anda dapat
melihat nelayan berkulit putih ini memunggah hasil tangkapan mereka.
Kata orang suasana disitu hampir
sama dengan San Francisco’s Fisherman’s Whaft di California.
Jika di Malaysia, pasar seni Central Market
menjadi tumpuan pelancong. Di Fremantle pula, Fremantle Market adalah tempatnya.
Ia
telah dibina pada tahun 1897 dan merupakan tempat yang wajib dilawati jika
berkunjung ke sini.
Ia
juga merupakan ikon bandar ini.
Tips :
1.
Lebih mudah menaiki keretapi
dari stesen Perth. Jika ingin menaiki bas, perlu menunggu di Esplanade Busport.
2.
Jika inginkan kelainan,
boleh menaiki kapal pelayaran Captain Cook ke Fremantle. Harga tiket perjalanan
sehala bagi dewasa adalah $27.00 dan kanak-kanak $16.00. Perjalanan mengambil
masa 1 jam 15 minit. Dapat melihat beting pasir di Point Walter dari atas
kapal. Kadangkala ikan lumba-lumba menemani sepanjang pelayaran.
3.
Fremantle Market dan E-Shed
Market hanya dibuka pada hari Jumaat-Ahad dan juga cuti umum.
4.
Antara tempat-tempat menarik
yang boleh dilawati ialah :-
i)
Maritime Museum
ii)
Army Museum
iii)
Fremantle Chocolate Factory
iv)
Fremantle Opals
v)
Fremantle Arts Centre
vi)
Fremantle Trails
vii)
Fremantle Prison
viii)
The Round House
ix)
Didgeridoo Breath
Maritime Museum
Ada beribu-ribu nama di luar Maritime Museum terpahat di dinding ini. |
Maritime Museum Shipwreck Galleries
E-Shed Markets
Fremantle Markets
Pintu Masuk Utama |
Pintu Masuk Kedua |
No comments:
Post a Comment