Thursday, March 13, 2014

Fremantle – Street Arts Festival


Kami amat berbesar hati kerana ada yang sudi berkunjung ke rumah kecil kami. Cikpuan Iza adalah seorang backpackers tegar, berkhidmat di Kementerian Pertahanan.

            Disebabkan kunjungan beliau yang begitu singkat, kami cuba sedaya upaya memenuhi ruang masa yang ada.

Usai beliau bangkit dari tidur akibat keletihan berada di dalam pesawat Air Asia selama lima jam setengah, kami terus berkunjung ke Fremantle. Hari itu adalah hari terakhir ‘Street Arts Festival’ diadakan.

Kami singgah dahulu di Fishing Boat Harbour untuk bertemu sahabat lama yang akan turut menemani kami di festival ini. Beliau telah bermastautin hampir 16 tahun di sini.

Puan Jerabel Warren berketurunan baba dan nyonya, telah membawa bersama kedua-dua orang anaknya yang comel iaitu Isabel dan Indiana.

Setelah kenyang menjamu ‘Seafood Platers’ di Kailis, kami melangkah menuju ke pusat bandar Fremantle dimana festival sedang berlangsung.

Persembahan seniman jalanan ini disertai oleh ramai seniman dan seniwati jalanan dari seluruh dunia. Diantara negara yang mengambil bahagian adalah dari Belgium, Kanada, Jepun dan Ireland.

Jalan utama di sekitar pusat bandar telah ditutup bagi memudahkan berlangsungnya acara tahunan ini. Tahun 2013 adalah tahun ke 15 festival ini diadakan. Ramai pelancong dari dalam dan luar negara menyaksikan setiap acara yang diadakan di setiap laluan.

Selain daripada persembahan ‘busking’, para seniman jalanan turut melakukan persembahan berbentuk komedi, muzik, kabaret, akrobatiks dan banyak lagi.

Ada beberapa persembahan yang dikenakan bayaran tetapi kebanyakkannya dipersembahkan secara percuma. Kami semua amat teruja dengan setiap persembahan yang disajikan.

Tips :

1.    Lebih mudah berkunjung ke Fremantle dengan menaiki keretapi. Jika membawa kenderaan sendiri perlu ketahui parkir yang sesuai kerana ada parkir yang hanya dibenarkan meletak kenderaan selama dua jam sahaja.

2.   Fremantle Street Arts Festival berlangsung setiap tahun pada musim luruh iaitu pada cuti  Easter di bulan Mac atau April. Terdapat banyak lagi festival yang diadakan sepanjang tahun  seperti

i)             Sardine Festival – diadakan pada bulan Januari,
ii)            Fremantle Boat Show – diadakan pada bulan Febuari,
iii)           Araluen Fremantle Chili Festival – diadakan pada bulan Mac,
iv)           Heritage Festival – diadakan pada bulan Mei
v)            Hidden Treasures – Fremantle Winter Music Series – diadakan pada bulan Julai
vi)           Fremantle Festival – diadakan pada bulan Oktober - November






Cikpuan Iza





































































Madam Jerabel Warren with her two angels












Me and Isabel. Behind us is Little Indiana


2 comments:

  1. waaa gambo den pun masuk blog kikiki... glamour u....

    ReplyDelete
  2. minta maaf, lupa mintak izin, tapi takpa kan..kan..kan... atau nak kena delete ke ni..?

    ReplyDelete