Perancangan
pada hari ini adalah melawat Masjid Perth, Muzium Western Australia dan The
Bell Tower.
Khabarnya
di The Bell Tower ada loceng gergasi.
Menurut
suami lebih baik ke Masjid Perth dahulu kerana ia agak jauh sedikit. Jadi saya
turutkan saja.
Seperti
biasa kami menaiki bas dan turun di Barrack Street. Kemudian berjalan kaki
menyusuri William Street yang agak berbukit.
Bukan
tiada bas yang pergi ke situ tetapi kami agak selesa berjalan kaki sahaja.
Agak
penat juga mendaki jalan yang berbukit ini. Saya mengambil keputusan untuk masuki salah satu kedai runcit di situ. Kedai yang berpapan tanda “Dragon 88”
ini ada menjual buah durian!
Malangnya
durian yang dijual hanya layak dibuat tempoyak sahaja. Mungkin telah lama
berada disitu.
Teringat
pula ketika masuk ke pasaraya berdekatan dengan rumah. Saya terlihat buah
rambutan yang dijual telah diceraikan dari tangkainya.
Agak
hairan juga mengapa ia diceraikan. Bukankah elok jika ia dijual seikat demi
seikat seperti di Malaysia?
Apabila
saya melihat harganya, hampir saja mahu pengsan.
Sebiji buah rambutan berharga 99sen duit Australia atau lebih kurang RM3.00!
Sebiji buah rambutan berharga 99sen duit Australia atau lebih kurang RM3.00!
Baru
saya faham mengapa ia tidak dijual secara ikat. Patutlah warna buah rambutan
yang dijual telah bertukar menjadi warna lebam. Tiada siapa yang membelinya.
Mahal
sangat!
Tidak
lama kemudian dari jauh kami dapat melihat tiang menara masjid. Pintunya
berwarna hijau.
Kredit foto google image |
Saya
berpisah dengan suami bagi mencari ruang solat wanita. Rupanya ia sedang dalam
proses baik pulih.
Seorang
lelaki berjambang menggamit saya. Namun dia tidak pula bersuara.
Hanya
menunjukkan arah pintu yang terdapat di bahagian masjid ke ruang solat lelaki.
Mungkin beliau cuba memberitahu saya boleh masuk ke pintu itu untuk bersolat.
Saya
mengangguk faham dan mengucapkan terima kasih.
Apabila
saya buka pintu itu, seorang muslimah berbangsa arab ada disitu. Ruang solatnya
hanya muat untuk dua orang sahaja. Ia di kepung dengan tirai mudah alih bagi
tidak dilihat oleh kaum lelaki.
Wanita
arab itu tersenyum lalu memberi ruang kepada saya untuk bersolat. Saya terus
menunaikan solat seringkas mungkin.
Keluar
sahaja dari ruang solat, suami sudah menunggu diluar. Masih ramai lagi orang
lelaki arab berbaju kot dan bertali leher baru tiba untuk menunaikan solat.
Dalam
hati saya berkata-kata, ‘Dari mana datangnya mereka ini?’
Menurut
suami, masjid ini dikenali dengan masjid milik orang Bosnia. Terdapat beberapa masjid lain seperti Masjid Rivervale, Mirrabooka dan Cannington.
Jangan
hairan jika sambutan hari raya disini kadang-kadang tidak sama kerana mereka
mengikut mazhab di negara masing-masing.
Usai
solat di masjid Perth, kami menyusuri kembali jalan yang berbukit tadi menuju
ke Muzium Western Australia.
Kami melintasi kawasan yang dikenali sebagai Northbridge.
Saya
agak hairan kawasan di sekitar Northbridge seakan-akan tidak bermaya walaupun
berdekatan dengan pusat bandar.
Tidak
banyak aktiviti dijalankan selain dari aktiviti membeli barangan makanan dan
rempah ratus di kedai-kedai oriental itu. Kebanyakan restoran juga tidak
dibuka.
Kredit foto google image |
Kredit foto google image |
Kredit foto google image |
“Mengapa tempat ini seolah-olah
kawasan mati?” tanya saya pada suami.
Suami
menjawab, “Datanglah di waktu malam. Apa yang dilihat, pasti akan memeranjatkan
kamu.”
Saya
bertanya lagi, “Mengapa pula?”
Suami
menerangkan, “Setiap bangunan yang kita lalui tadi ada diantaranya pusat-pusat pelacuran.
Restoren ditutup pada sebelah siang tetapi dibuka pada sebelah malam sehingga
lewat pagi.”
Saya
termangu seketika.
Suami
memeluk bahu saya, “Usah risau. Pada waktu siang tempat ini selamat. Jika ada
rakan-rakan dari Malaysia yang mahu datang berkunjung ke Perth, nasihatkan
mereka agar tidak menyewa bilik hotel atau apartmen disini. Tempat ini tidak
selamat di waktu malam.”
Nasihat
suami akan saya ingat sampai bila-bila.
Ketika
menuju ke Muzium Western Australia, kami melalui hadapan sebuah perpustakaan.
Ada skrin besar diluar perpustakaan. |
Namun disebabkan hari mendung, kami terus melangkah menuju ke muzium
yang terletak lebih kurang 400 meter dari perpustakaan itu.
Laluan menuju ke muzium |
Mungkin
lain kali saya akan singgah di perpustakaan itu.
Bangunan
Muzium Western Australia setinggi tiga tingkat terletak di James Street. Tiada
bayaran dikenakan untuk melawat mana-mana bahagian tetapi digalakkan menderma
seberapa ikhlas yang boleh.
Add caption |
Kami menuju ke tingkat satu dibahagian “Mammal, Bird and Butterfly Gallery.”
Banyak replika-replika binatang zaman dahulu terdapat disini. Ada yang dipamerkan didalam kaca dan ada juga dibiarkan begitu saja.
Bahagian
bawah sekali adalah tempat yang dikenali dengan nama 'Discovery Centre.'
Terdapat
banyak bahan pameran disini yang menarik minat saya. Botol-botol pelbagai
bentuk, binatang yang telah diawet, tengkorak kepala ikan paus pembunuh dan
pelbagai barangan lain.
Ada juga sudut bacaan yang santai. Kanak-kanak pula boleh bermain “jigsaw puzzle” gergasi yang diletakkan diatas lantai. Atau boleh mewarna bahan-bahan yang memang telah disediakan oleh pihak muzium.
Tidak jauh dari situ terdapat
sebuah kotak kaca berisi “Coconut Crab” diletakkan diatas kaunter. Saya begitu
teruja melihatnya.
Kaki melangkah masuk ke satu bahagian yang penuh dengan akuarium tanpa
mengendahkan papan tanda informasi yang tergantung di dinding.
Saya mendekati akuarium tersebut sambil membetulkan kacamata.
Tidak pasti apa yang ada didalam akuarium tersebut sehinggalah ada sesuatu yang
bergerak didalam kotak kaca itu.
Saya
menjerit ketakutan sehinggakan pegawai yang bertugas di kaunter berlari
datang.
Setelah
suami memberi penerangan kepada pegawai tersebut, beliau tersenyum panjang.
Terdapat
pelbagai species katak didalam setiap kotak kaca itu. Saya rasa seperti mahu pengsan!
Sebagai
seorang yang geli kepada makhluk amfibia itu, saya seakan fobia apabila
melihatnya.
Terus
saja mengajak suami keluar dari situ.
Mana
tidaknya, rombongan pelajar sekolah yang berada disitu ketawa melihat
saya.
Suami
mengajak ke tingkat dua tetapi saya mengambil keputusan keluar dari muzium.
Saya lupakan niat untuk ke bahagian dinosaur.
Destinasi terakhir adalah ‘The Bell Tower’ bagi melihat loceng gergasi.
Destinasi terakhir adalah ‘The Bell Tower’ bagi melihat loceng gergasi.
Kami berjalan kaki menyusuri Barrack Street. Hampir 20 minit juga kami berjalan barulah nampak kelibat replika kapal di tengah kota berhampiran dengan jeti.
Bak
kata orang, jika London terkenal dengan Big Ben, Perth pula terkenal dengan
Big Bell.
Berketinggian enam tingkat, tidak termasuk bahagian foyer yang menjadi kedai cenderahati.
Tiket masuk ke sini adalah $13.00 bagi seorang dewasa, kanak-kanak dari umur lima hingga 14 tahun pula dikenakan $8.00. Pas keluarga pula $30.00 untuk dua orang dewasa dan kanak-kanak berusia 14 tahun ke bawah.
Berketinggian enam tingkat, tidak termasuk bahagian foyer yang menjadi kedai cenderahati.
Tiket masuk ke sini adalah $13.00 bagi seorang dewasa, kanak-kanak dari umur lima hingga 14 tahun pula dikenakan $8.00. Pas keluarga pula $30.00 untuk dua orang dewasa dan kanak-kanak berusia 14 tahun ke bawah.
Malangnya kami tidak jadi masuk ke dalam bangunan tersebut kerana secara tiba-tiba suami sudah pening-pening lalat ketika bunyi loceng kuat kedengaran.
Terbantut niat ingin melihat loceng gergasi!
Tips:
1.
Kedai oriental di
Northbridge milik orang cina ini menjual banyak barangan dari Malaysia. Cuma
mereka tidak mengasingkan barangan yang halal dan tidak halal. Maka hati-hati
apabila membeli belah disini.
2.
Masjid Perth terletak agak
jauh sedikit dari bandar. Jika berjalan kaki perlu mendaki bukit sedikit. Jika
menaiki bas perlu tahu jadual perjalanan bas.
3.
Di Perth terdapat tempat
solat disediakan iaitu di Citiplace Community Center di stesen keretapi Perth.
Walau bagaimana pun ia dibuka hanya bagi solat Zuhur.
4.
Muzium Western Australia
dibuka setiap hari dari jam 9.30 pagi – 5.00 petang. Hanya ditutup pada Hari
Natal, Boxing Day, 31 Disember dan pada 1 Januari.
5.
Pemandangan The Bell Tower
lebih menarik di waktu malam.
No comments:
Post a Comment