Hari ini saya mahu mencari Puteri Angsa Hitam.
Tika
meminta izin dari suami, beliau bertanya, "Tahu tempatnya di mana?"
Saya
menjawab, “Oh, saya sudah rujuk diinternet.”
Suami bertanya lagi, "Boleh percayakah panduan diinternet itu?"
Dengan yakin saya berkata, "Sudah tentu."
Suami mengangguk lantas memberi keizinan bagi saya ke sana seorang diri.
Cuma
pesannya, “Hati-hati apabila bertemu dengan puteri angsa hitam. Nanti dikejarnya
kamu lagi seperti tempoh hari. Tambahan pula kamu mahu mengintainya bersiram.”
Suami
memang suka mengusik. Elok-elok saya sudah lupakan peristiwa tersebut, kini ia
menggamit dibenak fikiran.
Namun
saya tekad bagi melihat juga tempat puteri angsa hitam bersiram.
Di
stesen keretapi Perth, saya mengambil tren laluan ke Fremantle. Apabila tiba di
stesen West Leederville, saya pun keluar dari tren.
Jika
mengikut rujukan saya diinternet, peta laluannya begitu senang sekali. Tetapi
apabila tiba disini saya seolah-olah telah sesat. Laluan yang mana patut saya
ikut? Ke kiri atau ke kanan?
Saya
memberanikan diri untuk bertanya dengan seorang wanita yang sedang keluar dari
sebuah kedai.
Menurutnya,
jika mahu ke Tasik Monger saya hanya perlu mengikut jalan berbukit dihadapan sehingga ke hujungnya.
Maka
saya mengorak langkah mendaki jalan berbukit tersebut. Peta laluan yang saya
dapat dari internet terus saya simpan dalam beg.
Hampir
setengah jam saya berjalan mendaki bukit, namun kelibat tasik belum lagi saya
temui. Adakah saya telah sesat lagi?
Saya
bertanya lagi kepada seorang wanita yang sedang menunggu seseorang didalam
sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan.
Menurut
wanita tersebut, tasik itu masih jauh dihadapan. Ada dua anak bukit lagi yang
perlu saya daki.
Saya
hampir berputus asa kerana mendaki jalan yang berbukit-bukit itu amat
meletihkan. Namun alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
Saya
gagahkan diri untuk meneruskan pendakian. Dalam hati mula menyesal kerana tidak
membeli sebarang minuman. Tekak mula terasa kering.
Akhirnya
dari atas bukit saya boleh nampak tasik yang berwarna kebiru-biruan. Tika itu
hilang segala penat lelah mendaki dan menuruni anak-anak bukit.
Terdapat
berpuluh-puluh ekor angsa hitam, itik coot dan beberapa spesis itik lain lagi
berada di tepi tasik.
Saya
tidak berani untuk berada terlalu hampir dengan binatang yang tinggal di tasik
ini. Saya hanya merakamkan foto dari jauh.
Saya
berjalan mengelilingi tasik ini. Agak menakutkan juga apabila berada dilaluan
kiri kanan yang ditumbuhi dengan pokok-pokok yang tinggi.
Untuk
berpatah balik agak sukar kerana sudah jauh saya berjalan. Saya sangat
keletihan. Tekak semakin perit.
Terdapat
beberapa papan tanda yang telah di conteng-conteng oleh mereka yang tidak
bertanggung jawab. Jelas sekali kawasan ini tidak dititik beratkan oleh pihak
berkuasa sebagai satu kawasan tarikan pelancong.
Saya
terus melangkah sehingga saya tidak tahu dimana saya berada. Saya terus
berjalan mundar-mandir. Sekejap saya ke kiri dan kemudian saya ke kanan.
Akhirnya saya berpatah balik ke arah kiri.
Saya
sudah hilang arah. Hendak bertanya namun tiada sesiapa pula yang berada disitu.
Akhirnya saya terpandang papan tanda yang menunjukkan arah ke Scarborough.
Scarborough!
Satu tempat yang agak jauh dari bandar. Bagaimana saya boleh tiba di situ. Saya
terus mencari tempat perhentian bas.
Akhirnya
bas tiba lalu saya tanyakan kepada pemandu adakah bas ini pergi ke bandar?
Pemandu itu tersenyum lalu bertanya adakah saya telah tersesat?
Saya
mengangguk. Beliau berkata saya menunggu di perhentian yang salah. Saya perlu
menunggu bas di jalan sebelah.
Akhirnya
bas yang saya nanti-nantikan telah tiba. Hampir 15 minit berada didalam bas
saya tiba di perhentian Wellington.
Kemudian
saya menanti bas yang akan membawa saya ke rumah.
Apabila
tiba di rumah, saya sudah hampir pengsan. Suami agak hairan lalu bertanya
adakah saya sakit?
Saya
menceritakan perjalanan saya mencari sang puteri angsa hitam. Suami ketawa
berdekah-dekah.
Katanya
stesen tren yang paling dekat untuk ke Tasik Monger adalah Leederville bukan
West Leederville.
Patutlah
saya sesat!
Yang mana satu puterinya? Ada beratus-ratus ekor disini. |
Mungkah yang ini? |
Atau yang ini? |
Tips:
1.
Untuk ke Tasik Monger lebih
mudah jika menaiki kereta. Jika menaiki tren perlu berjalan kaki yang agak
jauh.
2.
Tiada sebarang kedai di
tasik ini. Bawalah makanan dari rumah jika ingin berkelah disini.
3. Kebanyakkan angsa hitam ini
berada di kawasan selatan tasik iaitu di daerah West Leederville. Jika berada
di Scarborough, perlu berjalan sangat jauh untuk melihat angsa hitam.
4.
Tasik Monger sememangnya
menjadi tempat angsa hitam membiak. Terdapat beratus-ratus angsa hitam disini.
No comments:
Post a Comment