Thursday, February 13, 2014

Teksi Swan atau Bas Oren?

Bas Oren
Kredit gambar dari google image


Pengangkutan dari Terminal Antarabangsa Perth boleh dipilih sama ada menaiki bas atau teksi. Tiada pengangkutan keretapi dari sini.

Selalunya saya akan menaiki teksi Swan, terus pulang ke rumah. Namun, sejak kebelakangan ini harga tambang teksi melonjak naik. Jadi, saya mengambil keputusan menaiki bas oren. 

Sekiranya saya menaiki teksi, tambang yang perlu dibayar sekitar $38.00-$42.00. Ianya berdasarkan laluan perjalanan samaada melalui laluan lebuhraya atau jalan biasa.


Taxi Rates > Australia > Perth

Taxi Rates

Perth Taxi Rates

Western Australia

Peak Rates (06:00 - 17:59)
Flag FallDistance RateBooking FeeWaiting Time
$3.90$1.59/km$1.50$45.70/hour
Off Peak Rates (18:00 - 05:59)
Flag FallDistance RateBooking FeeWaiting Time
$5.70$1.59/km$1.50$45.70/hour

Notes

A $2.00 ultra-peak surcharge applies between midnight Friday to 5am Saturday and midnight Saturday to 5am Sunday.
Lebuhraya disini tiada tol. Faktor seperti kemalangan, pembaikian jalan, kebakaran hutan dan kesesakan jalanraya menyumbang kepada harga tambang. 

Pernah sekali, ketika musim panas, ada kebakaran hutan berhampiran dengan lapangan terbang. Sudahlah saya keluar rumah lambat, ada pula kesesakkan lalu lintas akibat kebakaran. Hampir-hampir saya terlepas kapal terbang.

Kredit foto dari google image.

Tempat menunggu teksi terletak lebih kurang 100 meter dari pintu keluar terminal. Terdapat banyak teksi yang menunggu. Jadi tidak perlu tergesa-gesa. 

Kredit foto dari google image


Jika kumpulan melebihi 10 orang, boleh minta bantuan petugas yang berada di situ bagi dapatkan teksi van tetapi ianya tidak banyak.

Informasi tentang perkhidmatan E-Connect terdapat di dalam terminal

Manakala kaunter “Perth Airport Shuttle – CONNECT” terletak sebaik sahaja keluar dari pintu keluar terminal. Hanya perlu beritahu destinasi yang dituju kepada petugas kaunter.

Petunjuk arah tempat menunggu bas oren

Petugas itu akan memeriksa laluan bas samaada melalui destinasi tersebut atau tidak. Jika lokasi destinasi terletak di bandar Perth, sudah pasti mereka akan menghantar sehingga ke hadapan hotel.

Terletak betul-betul di pintu keluar terminal
Booth E-Connect


Jika tidak, stesen bas dan keretapi Wellington atau Esplanade menjadi pilihan.

Bagi menaiki bas oren ini hanya perlu membayar $18.00 seorang. Pemandu bas akan memeriksa tiket yang tercatit destinasi yang dituju sebelum bagasi dimasukkan ke bahagian tempat simpanan iaitu sebuah treler kecil yang ditaut di belakang bas.

Pemandu akan memeriksa tiket sebelum bagasi dimasukkan ke dalam treler


Beliau turut mengambil penumpang di Terminal Dalam Negeri yang berada lebih kurang 10 minit pemanduan dari Terminal Antarabangsa sebelum menghantar penumpang ke destinasi masing-masing.

Terminal Dalam Negeri
Hanya 10 minit pemanduan dari terminal antarabangsa



Jadual waktu perjalanan bas ada terletak di luar terminal berdekatan dengan tempat bas berhenti bagi memudahkan pengguna.




Papan tanda jadual waktu 
Mahu ke bandar Perth atau terus ke Fremantle?



Tips :

1)   Jika menaiki bas, lebih baik membeli tiket dua hala. Ketika mahu pulang, minta bantuan pihak hotel menghubungi mereka.

2)    Menaiki teksi lebih cepat sampai ke destinasi.

3)    Pastikan memakai tali pinggang keledar apabila berada di dalam kenderaan, walaupun ketika berada di tempat duduk belakang.

4)    Pastikan barangan milik anda dikeluarkan dari boot teksi dan treler apabila tiba ke destinasi.

5)    Samaada teksi, keretapi atau bas, ada kamera pengawasan di dalam kenderaan tersebut.


Bas yang baru tiba

Petugas di kaunter akan memberitahu laluan perjalanan pemandu 

Bas yang sangat selesa





Treler barang di belakang bas

Masih menunggu pengunjung yang mahu menggunakan perkhidmatan mereka

Petugas di kaunter mula mengarahkan pengguna menaiki bas

E-Connect turut menyediakan bas bagi pengguna tempat pakir kereta jangka masa panjang



Ini adalah bas bagi pengguna tempat pakir kereta jangka masa panjang. Jangan tersilap naik!









1 comment:

  1. bas ni... pusing2 bndr perth je ke.. sy akan ke perth 28 nov ni.. dan mnyewa di york street. bas tu berenti sampai situ tak?

    ReplyDelete