Rambut? Gigi? atau....
Sebenarnya saya baru teringat saya tertinggal satu lagi bab untuk ditulis bagi tajuk Kings Park. Jadi kisah di Kings Park belum berakhir.
Tertinggal bab yang menceritakan tentang DNA Tower.
Di satu pagi, apabila suami mengajak ke Kings Park untuk melihat matahari terbit, saya hanya mengiyakan saja. Tambahan pula kereta yang disewa masih belum dihantar pulang. Jadi apalagi, saya terus memandu ke sana usai solat Subuh.
Selepas pengalaman di Jacob's Ladder, saya rasa serik hendak mendaki atau menuruni tangga yang tinggi. Cukup-cukuplah!
Tambahan pula tangga menara ini berpusing-pusing macam gasing yang boleh membuatkan saya pening.
Tambahan pula tangga menara ini berpusing-pusing macam gasing yang boleh membuatkan saya pening.
DNA Tower dibina di kawasan yang paling tinggi di Kings Park pada tahun 1966.
Dengan ketinggian 15m, ia mempunyai 101 anak tangga. Tangganya pula diinspirasi dari anak tangga di Chateau de Blois, Perancis iaitu tempat tinggal beberapa Raja Perancis zaman dulu.
Anak tangga menara itu mempunyai rekabentuk DNA. Jadi begitulah ia mendapat nama.
Atas desakan suami, saya mendaki anak tangga menara ini dengan perasaan gayat.
Namun apabila berada di puncak, perasaan itu hilang sama sekali tatkala melihat pemandangan indah sejauh mata memandang.

Sudah puas menikmati panorama indah itu, ada satu lagi masalah.
Saya takut mahu turun!
Macam mana ni?
Kata suami, "Okay, kamu tunggu dulu di atas. Abang mahu turun sekarang. Bila kamu sudah bersedia, baru turun."
Saya menjawab, "Sampai hati abang hendak tinggalkan saya di sini keseorangan. Bolehkah abang gendong saya ke bawah?"
Katanya, "Tunggu sekejap. Abang mahu beritahu pelawat yang baru tiba itu supaya tidak naik ke sini dahulu."
Beliau terus menuruni tangga berpusing itu. Apabila tiba di bahagian bawah, beliau melaung.
"Abang tidak boleh mengendong kamu kerana abang sudah berada di bawah. Bolehkah kamu turun sekarang?"
Grrrr........
Saya terketar-ketar menuruni tangga itu. Tiba di bawah, suami ketawa mengekek.
Tanpa mempedulikan suami yang masih ketawa, saya terus masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin.
Sambil ketawa suami bertanya, "Mahu ke mana selepas ini?"
"Balik!"
Makin kuat ketawanya.
(Mode bengang)
Tetapi sebenarnya kami tidak terus pulang. Saya buat lencongan ke Synergy Parkland.
Apabila melihat batu berbentuk buaya ini, saya terkenangkan Mimaland yang pernah menjadi lokasi perkelahan terkenal di Kuala Lumpur satu ketika dahulu.
Ia merupakan kawasan perkelahan yang popular pada hujung minggu.
Tips :
1. Jika membawa anak ke DNA Tower, saya nasihatkan agar tidak mendaki tangga menara itu bersama anak atas sebab keselamatan.
2. Kadangkala angin agak kuat bertiup di puncak menara, jadi perlu berhati-hati.
3. Jika ada perasaan gayat, lebih baik tidak usah mendaki tangga menara kerana ianya agak curam juga.
4. Lokasi Synergy Parkland agak jauh dari taman botani. Perlu menaiki kenderaan untuk tiba di situ. Bas tidak melalui kawasan ini.
No comments:
Post a Comment