Sunday, February 23, 2014

Kings Park - Bahagian 4 (Dua Sungai Bertemu dan Boab - Si Pokok Gergasi)


               Langkah diteruskan lagi sehingga tiba di kawasan yang di panggil Two Rivers Lookout. Ia digelar demikian kerana di sini boleh melihat pertemuan dua sungai iaitu Sungai Swan dan Sungai Canning.










                Tidak jauh dari sini terdapat sebatang pokok Boab gergasi yang dipagar, mempunyai ketinggian 14 meter, berukur lilit lapan meter dan seberat 36 tan. 

                 Ingin tahu mengapa pokok ini berlubang-lubang? 



                      Ini jawapannya.



                       Sebenarnya ketika proses pemuliharaan pokok ini dilakukan, saya turut berada di situ. Saya dapat memerhatikan dua orang pakar menebuk beberapa lubang di beberapa bahagian batang pokok ini. Ada alat yang mereka gunakan ketika proses ini dilakukan ibarat doktor di hospital mendengar degupan jantung pesakit

                        Namun semua foto-foto ketika proses pemuliharaan itu dilakukan telah hilang dari simpanan. Entah bagaimana ia boleh berlaku. 

                      Saya amat kecewa sekali sehingga hilang mood untuk menulis. Kesannya saya menarik diri dari menghantar manuskrip ini untuk dijadikan ebook. Kehilangan ratusan gambar dari simpanan begitu mengecewakan.

                         Ketika foto-foto ini diambil, saya kembali ke sini selepas enam bulan proses pemuliharaan itu berlaku.



               


Seekor burung membuat sarang


Mengikut sejarah pokok yang berusia lebih 750 tahun ini, di hadiahkan kepada Jabatan Taman Botani oleh kaum Gija.

Masyarakat orang asli ini tinggal di Warmun, Kimberly terletak 3200 km dari bandar Perth.

Oleh kerana tapak asal pokok ini hendak dijadikan sebagai laluan Lebuhraya Great Northern, maka puak Gija sebagai pemilik tanah tersebut merayu supaya pokok ini dialih ke tempat yang lain dan Kings Park terpilih menjadi rumahnya yang baru.

Treler sepanjang 25 meter di jadikan sebagai kenderaan untuk membawa pokok gergasi ini ke Kings Park.


Perjalanan yang mengambil masa selama lima hari ini menelan belanja sebanyak $120,000.00 yang ditanggung oleh banyak agensi-agensi kerajaan dan syarikat korporat. Termasuk juga derma yang diterima dari pihak perseorangan.




                  Jabatan botani turut menanam anak-anak pokok boab di sini.







No comments:

Post a Comment