Hujan lebat yang bermula seawal jam tiga pagi mendinginkan suasana. agak aneh sedikit apabila hujan lebat sebegini berlaku dalam musim luruh.
Tetapi Tuhan lebih berkuasa menentukannya.
Saya
leka membaca buku di dalam bilik memandangkan hujan masih lebat di luar.
Sedangkan pada malam sebelumnya saya telah menyenaraikan tempat-tempat yang
akan saya lawati pada hari ini. Terpaksa saya membatalkan segala rancangan.
Pemandangan
dari anjung rumah adalah mengadap ke pusat bandar dan Sungai Swan. Apabila
hujan sedikit reda saya melangkah ke anjung.
Alangkah
terkejutnya apabila saya dapati bandar Perth dan Sungai Swan telah hilang!
Pemandangan dari anjung rumah. |
Sungai Swan telah hilang! |
Begitu juga dengan bandar Perth! |
Hilang
dari pandangan. Hanya warna kelabu di hadapan seakan berada di planet lain.
Mula teringat cerita seram 'The Mist' yang pernah saya tontoni. Adakah
Perth telah dirampas makhluk asing?
'The Mist' |
Suis
televisyen terus dipetik bagi mendapatkan berita terkini tentang keadaan cuaca.
Pembaca berita memberitahu bahawa jarak penglihatan kurang 100 meter.
Lapangan
terbang di tutup sama sekali. Beberapa kemalangan jalan raya telah berlaku.
Saya
mula kuatir apabila memikirkan suami telah keluar di awal pagi ke pejabat.
Segera saya menghubungi beliau. Beliau memberitahu telah berada di pejabat dan
menasihatkan agar saya tidak keluar rumah.
Begitulah
keadaan di Perth. Perth mengalami iklim Mediteranian. Ia bermakna sepanjang
tahun secara amnya, cuaca panas dan baik. Pada waktu musim sejuk, masih boleh
menikmati cahaya matahari walaupun hanya seketika pada waktu siang.
Musim Bunga
Bermula
pada 1hb September dan berakhir pada penghujung bulan November. Ketika ini cuaca cerah dan suhu tidak berapa
panas terutama dalam bulan Oktober-November.
Cuaca
amat baik dan hujan adakalanya turun tetapi amat jarang sekali. Kadangkala
hampir tiada langsung.
Suhu
secara amnya :
Bulan
|
Suhu waktu
siang
|
Suhu waktu
malam
|
September
|
18-21̊ C
|
9-12̊ C
|
Oktober
|
21-24̊C
|
9-12̊ C
|
November
|
24-27̊C
|
12-15̊C
|
Info : Wildflowers di Kings Park Botanical Garden
Tree Hovia |
Cacti |
Native Histeria |
Succulents |
Red and Green Kangaroo Paw |
Golden Wattle |
Red and Green Kangaroo Paw |
Christmas Bell |
Red and Green Kangaroo Paw |
Kangaroo Paw |
Hibiscus |
Pink Woolly Featherflower |
Sceptre Banksia |
Musim Panas
Bermula
pada 1hb Disember dan berakhir pada penghujung bulan Febuari. Cuaca panas
bertambah terik berlaku dalam bulan Januari-Febuari.
Ketika
itu cuaca amat terik dan udara sangat kering. Hujan kadangkala turun. Walau
bagaimana pun, Perth mengalami tiupan
angin dari arah barat laut atau dari arah selatan yang dikenali dengan nama
“Fremantle Doctor” membantu menurunkan suhu.
Suhu
secara amnya :
Bulan
|
Suhu waktu siang
|
Suhu waktu malam
|
Disember
|
27-30̊ C
|
15-18̊ C
|
Januari
|
30-33̊C
|
18-21̊ C
|
Febuari
|
30-33̊C
|
18-21̊C
|
Add caption |
Add caption |
Pemandangan dari anjung rumah |
Pemandangan dari anjung rumah jiran |
WACA Stadium |
Sungai Swan |
Musim Luruh
Bermula
pada 1hb Mac sehingga penghujung bulan Mei. Musim luruh di Perth tidak seperti
musim luruh di kebanyakkan negara yang pernah kita lihat.
Ia
seolah-olah kesinambungan musim panas atau boleh juga dikatakan sebagai musim
bunga yang kedua.
Pada
waktu siang agak panas tetapi menjelang malam suhu agak sejuk. Cuaca cerah di
siang hari boleh menjadi terik dan kadangkala hujan turun.
Suhu
secara amnya :
Bulan |
Suhu waktu siang
|
Suhu waktu malam
|
Mac
|
27-30̊ C
|
15-18̊ C
|
April
|
24-27̊C
|
12-15̊C
|
Mei
|
21-24̊C
|
9-12̊C
|
Bermula
pada 1hb Jun dan berakhir pada penghujung bulan Ogos. Hujan boleh dikatakan
hampir setiap hari. Cahaya matahari kadangkala boleh dinikmati beberapa hari.
Siang hari amat sejuk walaupun tiada hujan. Ribut petir dan hujan air batu kadangkala turut berlaku.
Suhu
secara amnya :
Bulan
|
Suhu waktu siang
|
Suhu waktu malam
|
Jun
|
18-21̊ C
|
9-12̊ C
|
Julai
|
15-18̊C
|
6-9̊C
|
Ogos
|
18-21̊C
|
9-12̊C
|
Perth
pernah merekodkan suhu paling panas yang pada 23 Febuari 1991. Suhunya
menjangkau 46.2̊C!
Sepanjang
pengalaman saya sepanjang berulang alik dari Kuala Lumpur – Perth, ketika musim
panas, cuaca sangat terik dan perlu minum air sepanjang masa bagi mengelakkan
kehilangan air dari badan.
Kulit
akan menjadi sangat kering. Lebih baik berada di dalam rumah daripada berada di
luar. Walau bagaimanapun, kebanyakkan aktiviti yang menarik berlaku ketika
musim ini.
Pada
ketika ini jika ingin berenang di laut perlu berhati-hati kerana musim panas
banyak ikan jerung!
Musim
bunga adalah musim yang paling saya suka. Selain daripada melihat bunga-bunga
yang mula berkembang, suasana sejuk dan cahaya matahari yang sentiasa memancar
tetapi tidak terik, sangat menyeronokkan. Musim ini adalah waktu yang paling
sesuai mengunjungi Perth.
Musim
sejuk dengan suasana yang begitu kelabu amat merimaskan. Hampir setiap hari
hujan amat menyukarkan pergerakan.
Musim
luruh pula boleh dikatakan seperti berada di tanah air. Cuaca panas,
bunga-bunga masih berkembang dan aktiviti-aktiviti luar masih boleh dijalankan
seperti biasa walaupun kadangkala hujan turun.
Boleh
juga melawat Perth pada bulan ini kerana walaupun cuaca panas pada sebelah
siang tetapi malam agak sejuk.
Jadi pastikan sekiranya anda tiba di Perth pada musim ini, sehelai baju sejuk ada di dalam bagasi anda.
Tips :
1. Pastikan anda membawa losyen pelembab walaupun ketika musim sejuk. (Anda pasti akan mandi air panas bukan? Sudah tentu kulit akan kering.)
2. Bawa losyen pelembab bibir.
3. Jika anda tiba pada musim sejuk, bawalah tuala sekurang-kurangnya dua helai (jika anda tidak menggunakan tuala hotel). Suhu yang lembab dengan pancaran matahari yang kurang, melambatkan tuala untuk kering. Tuala atau baju yang dipakai ketika lembab boleh mengakibatkan penyakit.
4. Jika anda berenang di laut ketika musim panas, pastikan anda sentiasa berwaspada dengan suasana sekeliling anda. Jika terdapat helikopter berlegar-legar di bahagian pantai, selalunya mereka mengawasi pergerakan ikan jerung. Jika ikan jerung terlalu hampir dengan pantai, semboyan akan dibunyikan dan anda perlu keluar dari kawasan air secepat mungkin.
5. Jika ini pengalaman pertama anak anda (bawah umur 9 tahun) melancong ke luar negara, pastikan anda mengawasi tahap kesihatan mereka. Kadangkala secara tiba-tiba mereka boleh mendapat demam. (Terutama anak-anak yang mengalami masalah asma).
6. Pada musim bunga, jika anda mengunjungi pesta bunga yang selalunya diadakan pada setiap tahun, hati-hati dengan sang lebah yang selalu berada di dalam bunga yang mekar berkembang.
No comments:
Post a Comment