Saturday, February 22, 2014

Kings Park - Bahagian 1 (Rio Tinto Naturescape)

Sebenarnya terdapat lebih kurang 15 kawasan taman yang boleh dilawati disekitar Perth. Tetapi Kings Park adalah taman paling popular dikunjungi samada pelancong tempatan mahupun luar negara.

Kings Park

Saya menaiki bas dari Mill Point Road, South Perth menuju ke kota Perth dengan tambang bas bernilai $1.90. Kadar tambang ini dikenali dengan “One Section” kerana dari rumah saya ke Esplanade Busport hanya satu perhentian. Dari Esplanade Busport ke pusat bandar tiada caj dikenakan.

Tiba di Barrack Street saya turun dari kenderaan dan  menuju ke St. Georges Terrace dengan berjalan kaki melalui Hay Street.

Hay Street adalah kawasan membeli belah yang utama di kota Perth. Belum banyak kedai dibuka kerana waktu masih pagi.

Sebaik tiba di St. Georges Terrace, saya mencari pondok bas yang mempunyai tanda 'S'. Bas bernombor 37 dan 39 mengambil penumpang di pondok ini memberi perkhidmatan secara percuma kepada pengunjung yang ingin berkunjung ke Kings Park.

Tiba di sana, saya berhenti diperhentian yang terakhir sekali.

Kings Park terletak di Mount Eliza, pinggir barat kota Perth. Dengan keluasan 4.06km persegi atau lebih kurang 1003 ekar, ia merupakan taman dalam bandar yang terbesar di dunia mengalahkan Central Park di New York.

Ia mempunyai taman rumput yang luas, taman botani dan kawasan belukar semulajadi yang mendominasi 2/3 keluasan tanah Mount Eliza.

Dahulu ia dikenali sebagai Perth Park sebelum di tukar nama, bersempena dengan pertabalan Raja Inggeris Kings Edwards VII.

Laluan ke Kings Park dibarisi dengan pokok-pokok Gumtree yang berusia lebih 100 tahun, ditanam oleh keluarga ahli pahlawan yang gugur di medan perang sewaktu Perang Dunia Pertama dan Kedua.


Papan tanda mengenai barisan pokok dikiri dan kanan Fraser Avenue

Barisan pokok gum di waktu malam

Sebab itu kebanyakkan pokok-pokok disetiap laluan mempunyai batu tanda khas bertulis nama pahlawan yang gugur tersebut. Terdapat banyak tugu peringatan di sini bagi mengenang jasa pahlawan mereka.

Pokok ini ditanam oleh waris anggota tentera yang terkorban


Terdapat banyak kawasan yang boleh dilawati di sini. 

Destinasi pertama saya adalah Rio Tinto Naturescape yang berkeluasan enam hektar. Ia adalah tempat bagi menggalakkan kanak-kanak mempelajari dan menghargai keunikan alam semulajadi, yang banyak terdapat di Western Australia.

Dibahagian pintu masuk

Taman ini di tutup sepanjang bulan Febuari


Peta lokasi 
Di luar pintu masuk



Seekor arnab liar tiba-tiba melompat keluar dari belukar di pintu masuk, seolah-olah menyambut ketibaan saya. Ia sempat memberikan posisi terbaik agar saya dapat merakam gambarnya.

Sang Arnab menyambut ketibaan saya
Kemudian ia melarikan diri ke dalam semak

Hati saya berbunga riang. Saya meneruskan perjalanan menuju ke Paperbark Creek. Ia adalah tempat di mana anak sungai buatan manusia dibina khas bagi anak-anak kecil bermain.


Paperbark Creek


Airnya yang jernih hanya setakat buku lali sahaja. Anak-anak perlu diawasi apabila bermain kerana terdapat banyak batu-batu sungai. Di kawasan ini, pengawasan ibu bapa amat perlu bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.


Seakan-akan lopak air saja


Anak-anak perlu diawasi apabila berada disini




Saya melangkah menuju ke arah kawasan Billabong iaitu tasik buatan kecil. Perlu berhati-hati apabila berjalan di atas jambatan kecil yang merintangi tasik kecil ini kerana ia tidak mempunyai penghadang di bahagian tepi.


Jambatan yang tiada penghadang
Billabong



Terdapat dua ekor itik liar di tasik ini dan kaki saya terus melangkah meniti jambatan dengan berhati-hati.

Dua ekor itik liar

Saya tiba di bahagian Tree Hides di mana terdapat satu menara yang boleh di panjat jika mahu melihat kawasan persekitaran dari tempat yang tinggi.



Disebabkan hanya saya seorang sahaja yang berada di kawasan itu, saya membatalkan niat untuk memanjatnya. 

Tree Hides

Meneruskan perjalanan menuju The Tangle, saya perlu melalui Kulunga Gully iaitu satu jalan kecil yang berbentuk zig zag dibawah paras tanah. (Namun foto Kulunga Gully ini telah hilang dari simpanan saya).


The Tangle

Apabila tiba di The Tangle, terdapat satu keluarga burung hantu diatas pokok, memerhatikan setiap pergerakan. Mata burung hantu yang besar dengan bulu badan berwarna coklat bercampur hitam dan putih, begitu cantik sekali dipandang.

Saya mengambil beberapa gambar burung berkenaan dengan menggunakan telefon bimbit. Malangnya apabila tiba di rumah, gambar yang diambil agak kabur. Alangkah kecewanya rasa dihati. (Mengapalah saya tidak memeriksa foto itu ketika selesai mengambilnya? Hmmm...)


Satu keluarga burung hantu
Foto yang kabur :(






The Tangle adalah tempat bagi kanak-kanak memanjat tali-tali yang direka seperti bentuk sarang labah-labah. Setiap tali yang diikat di pokok, mudah dialih untuk mengubah tahap cabaran.

The Tangle
Sebenarnya ketika saya bersiar-siar, saya ditemani oleh seekor burung gagak. Saiz badannya yang besar dan suaranya yang nyaring, agak menakutkan.


Burung gagak ini menemani saya sepanjang saya bersiar-siar di sini



Ke mana saja kaki saya melangkah, ia akan terbang dari satu pokok ke satu pokok yang lain sambil memerhatikan setiap pergerakan saya. Anehnya apabila saya berada dipintu keluar, ia hilang begitu sahaja.


Burung gagak ini bertenggek di atas kayu balak ketika saya leka melihat sekumpulan burung hantu

Beberapa foto yang diambil dalam taman ini.

Prickly Ticket adalah kawasan bagi pelajar untuk mencuba membuat sarang burung

Prickly Thicket

Tunnel menuju ke The Spring


The Spring 



Cubbies 

Antara pohon yang ada

Kanak-kanak dari sebuah tadika menuju ke Tuart Hollow iaitu satu kawasan yang dikhaskan bagi kegiatan diluar bilik darjah


Antara jalan yang perlu dilalui

The Spring


Setelah puas berada di sini, saya terus menuju ke taman botani yang berada tidak jauh dari Rio Tinto Naturescape.


Sandakan Memorial terletak tidak jauh dari Rio Tinto Naturescape



No comments:

Post a Comment