Pada bulan September setiap tahun, Kings Park menjadi hos kepada Pertunjukan dan Pameran Bunga Liar yang terbesar di Western Australia.
Ia juga dikenali dengan nama Kings Park Festival disambut bersempena kedatangan musim bunga yang bermula pada bulan September dan berakhir pada bulan November.
(Mohon maaf diatas kualiti foto yang tidak bagus)
Paluan gendang dimulakan sebagai petanda acara pertunjukan dan pameran sudah bermula. Para pelajar dari sebuah sekolah berpakaian warni-warni yang menggambarkan warna-warna bunga-bungaan yang ada di sini.
Ramai pengunjung yang mengekori kumpulan pancaragam ini mengelilingi taman botani. Tidak ubah seperti cerita Pied Piper of Hamelin. Cuma yang mengekori mereka bukan hanya kanak-kanak tetapi juga orang dewasa.
No comments:
Post a Comment