Perut
sudah mula lapar lalu saya duduk makan tengahari di atas bangku kosong yang
banyak disediakan di kawasan taman bagi kemudahan pelancong yang datang.
Mata mengadap taman air atau Water Garden iaitu salah satu tempat perkelahan.
Sesekali air pancutan melonjak tinggi, amat cantik sekali dilihat dibawah sinar
pancaran matahari yang terik.
Tidak jauh dari situ ada sebuah patung gangsa dijadikan sebagai simbolik untuk kaum wanita di Western Australia yang telah lebih 100 tahun memperjuangkan hak mengundi.
Bukan patung di pancutan air ini yang saya maksudkan. Fotonya tiada dalam simpanan. |
Perjalanan
diteruskan lagi dengan mengikuti laluan air yang diberi nama Darling Range
Creek.
Tumbuh-tumbuhan
air begitu segar dan hijau sekali warnanya. Sesekali suara katak kedengaran
menyebabkan langkah saya semakin laju.
Taman
batu buatan manusia yang di jadikan kolam pada bahagian akhir sungai kecil ini,
menjadi tempat itik-itik berenang dan burung-burung melepaskan dahaga.
Beedawong
adalah tempat bagi kaum Nyoongar melakukan persembahan tarian kebudayaan atau
perjumpaan dengan ahli-ahli mereka. Namun kini hanya tinggal kesan
peninggalannya sahaja.
(Maaf, foto di Darling Creek dan Beedawong telah hilang dari simpanan)
Tidak jauh dari situ, Lotterywest Federation Walkway seakan menanti ketibaan saya.
Jambatan besi yang berukuran sepanjang 620 meter dengan ketinggian 16 meter dari aras tanah, adalah laluan yang menghubungkan Two Rivers Lookout dengan Roe Garden.
Dinding jambatan yang diperbuat daripada kaca membolehkan saya melihat tumbuh-tumbuhan hutan dari bahagian atas. Adakalanya terlihat burung-burung yang sedang membuat sarang diatas pokok.
Panorama Sungai Swan dan Sungai Cannington yang menarik dapat dilihat.
Apabila tiba dihujung jambatan, saya terus berjalan menuju ke arah tugu-tugu peringatan yang terdapat di sini.
Bagi sesetengah pengunjung, ini permulaannya. |
Tapi bagi saya, ini penghujungnya. Tengoklah dari mana anda bermula :) |
Dari
jauh kelihatan tugu pahlawan tegap berdiri menghadap Sungai Swan, bagi
memperingati wira-wira yang gugur. Sebelum tiba ke tugu tersebut, saya melalui
kawasan yang digelar "The Flame of Rememberance".
Terdapat nyalaan api yang tidak pernah padam semenjak ia dinyalakan sebagai tanda ingatan yang tidak pernah luput terhadap wira-wira mereka yang gugur.
Di dinding batu pula terdapat plak negara-negara yang pernah menerima khidmat mereka ketika zaman perang termasuklah "Malaya 1948 - 1960".
Tugu pahlawan yang mempunyai ketinggian 18 meter pula dibina dengan batu granit.
Seramai 7000 orang gugur ketika Perang Dunia Pertama meletus dan nama-nama wira-wira mereka terpahat di dinding bahagian dalam, bawah tugu tersebut.
Dibahagian luar pula, plak-plak berwarna gangsa tercatit nama 4000 orang wira yang gugur ketika Perang Dunia Kedua.
(Saya tidak mengambil foto tugu pahlawan ini dari jarak dekat kerana terdapat lambang salib padanya)
Pemandangan Sungai Swan dan kota Perth begitu menarik sekali dilihat dari sini. Angin yang bertiup nyaman membolehkan ramai orang berkelah di seluruh taman yang berada disekitar tugu.
Terdapat banyak lagi tugu-tugu peringatan dibina di sini. Antaranya 10th Light Horse Memorial, South African War Memorial, Queen Victoria Statue, HMS Queen Elizabeth Shells, Leake Memorial Fountain, 2/16th Batalion Memorial, Kokoda Memorial Plaque, Jewish War Memorial, Dr Arnold Cook Memorial dan yang terbaru adalah Bali Memorial dibina sebagai memperingati 88 orang warga Australia terbunuh ketika tragedi pengeboman berlaku pada tahun 2002.
Kedai cenderahati yang ada di Kings Park |
Satu-satunya kafe yang ada di sini |
Wishing Well |
Ketika
melangkah masuk ke dalam galeri tersebut, bauan minyak serai wangi memenuhi
ruang.
Rupa-rupanya mereka menggunakan astrak minyak serai wangi ini
sebagai ganti "ubat gegat" atau "mothball" bagi
menjaga kualiti fabrik.
Walau
bagaimana pun tidak dibenarkan mengambil foto di dalam galeri ini kerana ia adalah ‘taboo’ demi memelihara semangat nenek moyang mereka.
Destinasi
saya yang terakhir adalah Jacobs Ladder.
Agak sukar juga untuk mencarinya jika tidak bertanya kepada penduduk tempatan. Jacobs Ladder adalah tanda sempadan Kings Park di hujung jalan Cliff Street.
Ada 242 anak tangga yang menuju ke jalan Mounts Bay. Walaupun penat berjalan di Kings Park, saya beranikan diri untuk menuruni anak-anak tangga yang agak curam ini.
Saya menjangka ianya mudah kerana saya menuruni tangga dan bukan sebaliknya.
Belum separuh anak tangga, saya mula berfikir, perlukah saya meneruskannya?
Kepala saya mula berdenyut-denyut, pening. Saya sudah terasa mahu pengsan. Saya cuba juga sedaya upaya menuruni saki baki tangga yang ada.
Masih jauh lagi ke bawah. Adehhh....
Masih jauh lagi ke bawah. Adehhh....
Jangkaan saya ternyata meleset kerana sewaktu tiba di penghujungnya, kaki terasa begitu lemah.
Rupa-rupanya kurang 30 anak tangga lagi, ianya sama dengan anak tangga Batu Caves!
Sama ada naik atau turun, ianya amat sukar sekali.
Saya betul-betul mahu pengsan!
Tips :
1)
Tidak digalakkan menaiki
bas di pondok yang bertanda “R”. Walaupun ia melalui Kings Park tetapi
perhentiannya agak jauh.
2)
Kings Park termasuk di dalam
kawasan FTZ atau Free Transit Zone. Ini bermakna sekiranya menaiki bas di
kawasan CBD Perth atau Central Business District Perth, tiada bayaran tambang
di kenakan.
3)
Bawa makanan dari rumah
kerana hanya terdapat sebuah kafe di sini yang tidak halal.
4) Ketahui tempat-tempat yang
ada di sini sebelum memulakan lawatan kerana banyak lagi tempat yang tidak dilawati
oleh penulis. Sekiranya ingin melawat ke semua tempat yang ada di sini akan memakan
masa sekurang-kurangnya dua hari.
5)
Terdapat laluan mesra OKU,
kereta sorong bayi dan golongan tua bagi memudahkan lawatan.
6)
Perlu berhati-hati apabila
turun atau naik Jacobs Ladder kerana ramai orang berlari turun dan naik tangga
sebagai satu aktiviti sukan.
7)
Jika membawa kenderaan,
pastikan diparkir di kawasan yang betul dan bukan di tepi jalan.
8)
Tempat-tempat lain yang
boleh dilawati di Kings Park
• Lotterywest Family Area
• Saw Avenue Picnic Area
• Synergy Parkland
• DNA Tower
• Law Walk/Bushland Nature Trail
• Kokoda Track Walk
• Wishing Well
• Karri Log
• Honours Avenue
• Sandakan Memorial
No comments:
Post a Comment