Friday, February 21, 2014

Tiket...Tiket...

Apabila berada di Perth, saya lebih suka menggunakan pengangkutan awam mereka. Hanya ada satu syarikat yang mengendalikan servis ini iaitu Transperth. 

Boleh layari laman sesawang mereka di www.transperth.wa.gov.au


Kredit foto dari google image



Usia penumpang diambil kira dalam menentukan kadar harga tambang yang sebenar. 

Tiket yang dibeli boleh digunakan bagi ketiga-tiga jenis pengangkutan awam iaitu bas, keretapi dan feri.

Ia dibahagikan kepada tiga kategori iaitu “Concession, Standard dan Multiple”.
Contoh tiket bagi 2 zon. Perhatikan waktu tamat tempoh masanya ketika dibeli.



           Concession adalah kadar harga bagi kanak-kanak diantara umur tujuh hingga 15 tahun dan juga bagi orang-orang tua.

Standard pula bagi pelajar sekolah berusia 16 tahun dan dewasa.

Multiple adalah bagi keluarga yang terdiri dari dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak.

Kadar harga tiket berdasarkan jarak perjalanan yang dikenali dengan zon kawasan.

Ia dimulai dengan zon pertama dan berakhir di zon kesembilan.

Harga tiket zon pertama bagi orang dewasa adalah $2.70 seorang. Tiket ini boleh digunakan bagi had masa dua jam.

Ini bermakna jika berada di sesuatu tempat kurang dari dua jam, maka tiket ini boleh digunakan bagi perjalanan pulang.



Tiket “A Day Rider” pula boleh dibeli bagi perjalanan tanpa had bagi satu hari. 

Pengangkutan awam di sini amat mesra OKU. Ibu bapa yang mempunyai anak kecil, turut mudah membawa prem bayi bersama.




Pusat Informasi bagi semua perjalanan ke mana-mana destinasi di dalam dan luar bandar Perth seperti Margaret River, Albany dan seumpamanya terletak di no 55 William Street (di selekoh Hay Street).

Pintu masuk pusat informasi




Semua booklet boleh diambil secara percuma

Pilih destinasi yang ingin dituju

Santai

Petugas yang mesra akan membantu

Jadual waktu dan peta perjalanan juga boleh didapati di pusat informasi Transperth yang terdapat di stesen bas Wellington di Wellington Street atau di Esplanade Buspot yang terletak di Mounts Bay Road.

Atau ia boleh didapati di mana-mana kaunter informasi di sekitar bandar.


Feri Transperth pula hanya menghubungkan Perth Esplanade dan South Perth, menyeberangi Sungai Swan.

Ia berlepas lebih kurang 20-30 minit dari jeti Barrack Street yang terletak di Riverside Drive berdekatan dengan Bell Tower.

Hanya mengambil masa tujuh minit ke jeti Mends Street di South Perth Esplanade. Jadual perkhidmatan bermula seawal 7.30 pagi setiap hari dan 8.00 pagi pada hujung minggu sehingga jam 7.20 malam.


Ketibaan feri di jeti South Perth

Kredit foto dari google image



Manakala perkhidmatan keretapi menghubungkan kawasan bandar dan kawasan pinggir bandar. Stesyen yang terakhir adalah di bandar Armadale, Clarkson, Fremantle, Midland dan Mandurah.


Kredit foto google image




Jadual perjalanan keretapi

Add caption

Suasana di stesen keretapi

Stesen keretapi Perth dalam proses penambahbaikan


Perkhidmatan bas CAT adalah perkhidmatan bas percuma yang melalui laluan di tengah bandar. CAT bermaksud “Central Area Transit”.

Ia juga melalui kawasan-kawasan tarikan pelancong sekitar bandar yang dikenali dengan laluan FTZ (Free Transit Zone). Maka tidak hairanlah ramai pelancong yang menggunakan perkhidmatan ini.

Bas CAT terbahagi kepada tiga. Red, Blue dan Yellow Cat.

Laluan Red Cat adalah dari East Perth ke Outram Street, West Perth melalui pusat bandar terutama Hay dan Murray Street yang menjadi nadi bandar ini.

Yellow  Cat pula bermula di stesen bas Wellington Street menuju ke arah timur bandar dan berakhir di stesen Claisebrook.

Manakala laluan Blue Cat adalah mengikuti laluan utara dan selatan bermula dari jeti Barrack Street ke Northbridge. Semua perkhidmatan bas CAT tidak beroperasi pada hari cuti umum.


Peta informasi tempat-tempat yang menarik boleh didapati di kaunter penerangan yang terletak di William Street.

Stesen bas Wellington Street

Pastikan destinasi anda. 


Jadual waktu perjalanan bas





Mahu bersiar-siar dengan menaiki bas ini?







Tips :

1)    Dapatkan peta laluan perkhidmatan awam di mana-mana kaunter informasi

2)  Pastikan menggunakan tiket mengikut kadar masa yang ditetapkan. Sekiranya had masa hampir tamat, tiket yang baru perlu di beli.

3)    Bertanyakan kepada pemandu bas sekiranya ada harga istimewa bagi satu keluarga kerana setiap cuti sekolah mereka menawarkan harga murah. Sekiranya tiket dibeli dari mesin yang dikhaskan, tiada potongan harga diberi.

4)    Boleh menggunakan perkhidmatan “Hop On-Hop Off” iaitu bas dua tingkat berwarna merah bagi melawati tempat-tempat pelancongan dalam bandar. Tetapi harganya agak mahal sedangkan tempat-tempat itu boleh dilawati dengan hanya berjalan kaki atau menaiki bas secara percuma.

5)    Pastikan anda simpan tiket sebaik mungkin kerana pegawai sekuriti sentiasa memeriksa tiket setiap penumpang.

6)    Denda minimum $100.00 dikenakan kepada penumpang yang memiliki tiket tidak sah.

7)    Rancang perjalanan bagi mengelakkan ketiggalan bas, feri atau keretapi.


8)    Ada sesetengah mesin tiket tidak menerima wang kertas. Pastikan sentiasa mempunyai duit syiling dalam simpanan.

No comments:

Post a Comment