Wednesday, February 12, 2014

Cemas di Terminal Antarabangsa Perth

Penerbangan malam bersama Air Asia X dari Lapangan Terbang Tambang Murah Sepang ke Perth, Australia mengambil masa lebih kurang 5 jam 30 minit.


Beratur dengan penuh kesabaran

Sepanjang penerbangan agak baik kecuali apabila pesawat bersiap sedia untuk mendarat, ia agak mencemaskan.

Pesawat bergegar agak kuat bagaikan dilanda angin lintang sewaktu berada di ruang udara berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Perth. Kami yang berada di dalam pesawat mula cemas.

Ramai yang sudah mula membongkokkan badan seperti yang diajar oleh anak-anak kapal sebelum pesawat berlepas. Anak-anak kecil mula menangis dan saya berdoa memohon pada Tuhan agar kami semua diselamatkan.


Gambar dari ruang udara


Dapat dirasai satu tayar pesawat mencecah landasan dahulu kerana pesawat agak senget sedikit. Apabila pesawat kembali seperti sediakala barulah kami menarik nafas lega.



Kedengaran suara gembira dan tepukan tangan apabila pesawat telah betul-betul berhenti di tempat yang ditetapkan. Saya tersandar di kerusi memanjatkan syukur pada Tuhan.


Sudah Tiba!

Ini bukan kali pertama saya menjejakkan kaki ke bumi kanggaru tetapi ini adalah kali pertama saya mengalami detik mencemaskan ketika pesawat mendarat.

Hampir empat tahun saya berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Perth kerana suami berada di sini. Walau pun begitu, sebaik keluar dari perut pesawat menuju ke lorong barisan pemeriksaan kastam dan imigresen, hati saya berdegup kencang.



Saya memastikan kad informasi yang diberikan di atas pesawat telah diisi dengan betul dan paspot berada di dalam genggaman.


Kad Informasi

Pegawai kastam dan imigresen Australia amat tegas. Ini bukan bermakna saya memandang rendah kredibiliti pegawai kastam dan imigresen di tanah air. Pengalaman disoal siasat hampir 30 minit masih menjadi igauan walaupun ianya telah lama berlaku.


Kredit gambar dari google image

Ketika itu saya datang bersendirian kerana anak-anak bersekolah di Kuala Lumpur. Apabila berada di barisan menunggu giliran ke kaunter imigresen, seorang pegawai imigresen berbadan sasa memberi arahan agar semua beg galas diletakkan di atas lantai. Seekor anjing berbaka German Shepard berada di sisinya.

Perasaan takut mula terasa kerana saya masih belum dapat melupakan kejadian dikejar anjing ketika kecil.



Baka German Shepard. Kredit gambar dari google image


Justeru itu saya sentiasa memastikan agar tidak berselisih dengan anjing ketika di jalanan. Saya sanggup melakukan perjalanan yang jauh hanya semata-mata ingin mengelak dari berselisih dengan anjing.

Tetapi kini saya terperangkap. Tiada jalan jauh yang boleh saya lalui. Malah anjing itu menghidu semua beg-beg yang diletakkan di atas lantai.




Kredit gambar dari google image


Ketika anjing itu menghampiri, saya dapat merasakan tubuh mula menggigil. Anehnya anjing itu hanya melalui hadapan saya tanpa menghidu beg galas yang telah di letakkan di atas lantai.

Puas pegawai berbadan sasa itu menarik tali yang diikat di leher anjing tersebut kembali ke arah saya tetapi anjing itu hanya menghidu beg-beg lain di hadapan.

Akhirnya pegawai tersebut hanya membiarkan saja beg saya tidak diperiksa. Saya mengucap syukur di dalam hati.

Ketika berada di kaunter imigresen pula, berbagai soalan ditanya sedangkan itu bukan kali pertama saya datang ke sini.

Ketika saya menerima kembali paspot dan kad informasi dari pegawai tersebut, saya dapati ada catitan berbentuk kod yang saya fikir agak aneh sedikit daripada kod yang lepas-lepas, dicatit di atas kad informasi.

Selepas saya meninggalkan kaunter tersebut, saya disapa pula oleh seorang pegawai yang lain. Sebaik saja beliau melihat kad informasi saya, terus beliau bertanya samaada saya mempunyai beg lain.

Saya memberitahu hanya beg galas itu sahaja yang saya bawa. Saya diarahkan ke lorong lain. Tidak sama dengan penumpang yang sama-sama menaiki pesawat yang sama.

Saya mula gementar.

Berbagai soalan ditanya lagi oleh seorang pegawai kastam lelaki berbadan sasa dan bertatoo di lengan.

Saya menjawab sebaik mungkin. Entah dimana silapnya, seorang pegawai wanita dipanggil bagi menjadi saksi beg galas saya diperiksa.

Pakaian saya dikeluarkan dan diperiksa satu persatu. Beg dompet turut menjadi mangsa pemeriksaan. Ada alat khas yang digunakan bagi memeriksa dompet. Duit dikeluarkan dan dikira. Telefon bimbit turut diperiksa dan kad SIM diambil.






Pegawai wanita itu membawa kad SIM tersebut ke sebuah bilik lain tidak jauh dari tempat saya di periksa. Saya tidak pasti apa yang mereka lakukan dengan kad SIM itu.

Ketika pegawai wanita itu kembali menyerahkan kad SIM tersebut, beliau hanya berbisik kepada pegawai lelaki tadi. Jadi saya tidak dapat mendengar butir-butir perbualan mereka.



Ketika itu saya sudah tidak dapat menahan gementar. Saya memohon untuk ke tandas. Pegawai perempuan tadi memanggil seorang pegawai perempuan berbaju sekuriti dan dipinggangnya tersisip sebatang cortar. Kedua-dua mereka menemani saya menuju ke tandas.

Para penumpang yang berada di lorong lain dapat melihat dengan jelas saya berjalan ditemani dua pegawai perempuan. Saya terasa seperti seorang tahanan.

Air mata mula bergenang.

Tiba di tandas terdapat dua buah pintu. Saya memilih pintu yang terbuka luas untuk melepaskan hajat.

Sebaik saja saya ingin menutup pintu itu, pegawai perempuan yang pertama tidak membenarkan. Jadi saya perlu membuka baju dan melepaskan hajat di hadapan kedua-dua pegawai perempuan tersebut.

Bayangkan perasaan saya ketika itu!

Saya dapati mangkuk tandas tadi mempunyai jaring di dalamnya. Saya berfikir sejenak dan mula memahami apa yang berlaku.

Mungkin mereka mensyaki saya adalah salah seorang wanita yang menjadi “keldai dadah” dalam sindiket dadah antarabangsa.

Selepas urusan di tandas selesai, saya terus kembali ke tempat pegawai kastam lelaki bertatoo tadi.

Secara jelas pegawai perempuan yang pertama memberitahu kepadanya agar barang-barang saya dimasukkan kembali ke dalam beg dan saya tidak perlu diperiksa lagi.

Saya mengucap syukur dan air mata mengalir laju. Pegawai lelaki itu memohon maaf dengan apa yang berlaku kerana beliau hanya menjalankan tugas.

Saya mengangguk dan terus melangkah keluar dengan air mata bercucuran.

Selepas kejadian itu saya dapati setiap kali saya tiba di sini, pegawai imigresen terus cop paspot dan beg saya tidak pernah di periksa lagi. Saya sentiasa diarahkan terus ke pintu keluar.
Kredit gambar dari google image

Satu lagi perkara yang ingin saya kongsikan adalah pegawai kastam dan imigresen di sini amat tegas dalam setiap barang yang dibawa masuk ke negara mereka. Terutama sekali barang makanan dan cenderahati.



Kredit gambar dari google image

Kredit gambar dari google image



Kredit gambar dari google image
Jika ada membawa barang makanan kering seperti maggi, ubat-ubatan dan susu formula bayi, perlu diberitahu kepada pegawai kastam dan imigresen yang bertugas.



Kredit gambar dari google image

Selalunya tiga soalan ini pasti akan ditanya. Jadi jangan cuba sembunyikan daripada mereka. Jika tertangkap, pasti akan didenda atau terus dihantar pulang.





Kredit gambar dari google image

Kredit gambar dari google image



Jika di dalam pesawat ada membeli minuman seperti teh, milo atau nescafe, selalunya ia akan diberi dalam bentuk uncang ataupun dalam peket sachet.

Jika ada baki uncang atau peket sachet yang tidak digunakan turut dibawa bersama, maka perlu beritahu kepada pegawai tersebut.



Kredit gambar dari google image
Teringat pengalaman seorang sahabat yang memiliki status penduduk tetap Australia. Beliau terlupa untuk mengisytiharkan sachet nescafe dan teh uncang yang dibeli di dalam pesawat kepada pegawai kastam dan imigresen. Akhirnya beliau di denda hampir $200.00.

Jika anda mempunyai penyakit diabetes, asma atau penyakit lain yang memerlukan anda membawa ubat-ubatan, dapatkan surat dari doktor anda di Malaysia.

Pegawai yang bertugas pasti meminta surat tersebut bagi mendapatkan pengesahan. Jika tidak, ubat-ubatan anda pasti akan terus dibuang ke dalam tong sampah.



Segalanya boleh berlaku apabila berada di negara orang. Jadi sentiasa berhati-hati apabila berkunjung ke Australia. Janganlah pula ia dijadikan pematah semangat bagi meneruskan percutian di sini.



Ruang terminal sebaik saja melepasi pemeriksaan kastam

Terminal Antarabangsa Perth ada menyediakan tempat solat bagi orang muslim. Ianya terletak di bahagian kiri sebaik sahaja keluar dari pintu kastam dan imigresen, berhadapan dengan kaunter kereta sewa.

Kaunter kereta sewa



Kaunter tukaran wang
Tempat solat
Peringatan

Walaupun ruangnya kecil tetapi memadailah bagi mereka yang ingin menunaikan solat terutama solat Subuh.


Ruang solat yang kecil


Cuma ruang wuduk tidak disediakan, maka terpaksalah mengambil wuduk di tandas yang terletak di belakang kafe yang ada di situ.

Cafe





Pemandangan di terminal


Tips :

1)     Pastikan paspot dan kad informasi bersama anda.

2)     Pastikan kad informasi telah diisi dengan betul dan di tandatangani.

3)     Pastikan paspot dipisahkan dari sarungnya.

4)     Jawab setiap soalan yang diaju oleh pegawai imigresen dengan tenang.

5)     Pastikan anda dan anak-anak tidak panik ketika anjing pengesan melalui lorong beratur ke kaunter imigresen.

6)    Pastikan surat doktor ada bersama anda jika anda membawa ubat-ubatan dari Malaysia. (Lebih mudah jika anda bawa preskripsi ubat anda kerana boleh dibeli di farmasi di sini. Harganya agak berpatutan.)

7)    Tidak perlu membawa barang makanan kering kerana banyak restoran dan kedai runcit yang menjual makanan halal di sini. Sekiranya ingin bawa, senaraikan setiap makanan yang dibawa bagi memudahkan pemeriksaan.

8)    Tidak perlu ambil baki uncang atau peket sachet yang tidak diguna dari dalam pesawat.

9)     Hanya 2 kotak rokok seorang saja yang boleh di bawa bersama anda dari Malaysia. (Efektif 1 September 2012). Harga rokok di bandar Perth sekitar AUD12.00 sekotak. 

10)   Ruang solat ada disediakan di lapangan terbang antarabangsa Perth.

11)   Ada beberapa pegawai bertugas fasih berbahasa Indonesia. Jadi berhati-hati agar tidak mempersendakan mereka dalam bahasa melayu.



Antara syarikat penerbangan yang ada
Inilah Terminal Antarabangsa  Perth pandangan dari luar
Kawasan pakir kereta berdekatan dengan menara kawalan
Selamat Datang ke Perth, Australia!



2 comments:

  1. Hai..kak.pa kan jadi kalo siasatan tu sampai dorang masukkan kita dalam bilik dan kena ambik gambar serta cap jari kita orang?

    ReplyDelete
  2. Hai..kak.pa kan jadi kalo siasatan tu sampai dorang masukkan kita dalam bilik dan kena ambik gambar serta cap jari kita orang?

    ReplyDelete