Sunday, February 23, 2014

Kings Park - Bahagian 4 (Dua Sungai Bertemu dan Boab - Si Pokok Gergasi)


               Langkah diteruskan lagi sehingga tiba di kawasan yang di panggil Two Rivers Lookout. Ia digelar demikian kerana di sini boleh melihat pertemuan dua sungai iaitu Sungai Swan dan Sungai Canning.










                Tidak jauh dari sini terdapat sebatang pokok Boab gergasi yang dipagar, mempunyai ketinggian 14 meter, berukur lilit lapan meter dan seberat 36 tan. 

                 Ingin tahu mengapa pokok ini berlubang-lubang? 



                      Ini jawapannya.



                       Sebenarnya ketika proses pemuliharaan pokok ini dilakukan, saya turut berada di situ. Saya dapat memerhatikan dua orang pakar menebuk beberapa lubang di beberapa bahagian batang pokok ini. Ada alat yang mereka gunakan ketika proses ini dilakukan ibarat doktor di hospital mendengar degupan jantung pesakit

                        Namun semua foto-foto ketika proses pemuliharaan itu dilakukan telah hilang dari simpanan. Entah bagaimana ia boleh berlaku. 

                      Saya amat kecewa sekali sehingga hilang mood untuk menulis. Kesannya saya menarik diri dari menghantar manuskrip ini untuk dijadikan ebook. Kehilangan ratusan gambar dari simpanan begitu mengecewakan.

                         Ketika foto-foto ini diambil, saya kembali ke sini selepas enam bulan proses pemuliharaan itu berlaku.



               


Seekor burung membuat sarang


Mengikut sejarah pokok yang berusia lebih 750 tahun ini, di hadiahkan kepada Jabatan Taman Botani oleh kaum Gija.

Masyarakat orang asli ini tinggal di Warmun, Kimberly terletak 3200 km dari bandar Perth.

Oleh kerana tapak asal pokok ini hendak dijadikan sebagai laluan Lebuhraya Great Northern, maka puak Gija sebagai pemilik tanah tersebut merayu supaya pokok ini dialih ke tempat yang lain dan Kings Park terpilih menjadi rumahnya yang baru.

Treler sepanjang 25 meter di jadikan sebagai kenderaan untuk membawa pokok gergasi ini ke Kings Park.


Perjalanan yang mengambil masa selama lima hari ini menelan belanja sebanyak $120,000.00 yang ditanggung oleh banyak agensi-agensi kerajaan dan syarikat korporat. Termasuk juga derma yang diterima dari pihak perseorangan.




                  Jabatan botani turut menanam anak-anak pokok boab di sini.







Kings Park - Bahagian 3 (Pertunjukan dan Pameran Bunga Liar)

Pada bulan September setiap tahun, Kings Park menjadi hos kepada Pertunjukan dan Pameran Bunga Liar yang terbesar di Western Australia.

Ia juga dikenali dengan nama Kings Park Festival disambut bersempena kedatangan musim bunga yang bermula pada bulan September dan berakhir pada bulan November.

(Mohon maaf diatas kualiti foto yang tidak bagus)




       Paluan gendang dimulakan sebagai petanda acara pertunjukan dan pameran sudah bermula. Para pelajar dari sebuah sekolah berpakaian warni-warni yang menggambarkan warna-warna  bunga-bungaan yang ada di sini.


          Ramai pelancong dari dalam dan luar negeri yang datang menyaksikannya.



                Penduduk tempatan mengambil peluang membawa kaum keluarga berkelah di sini.



           Kemudian kumpulan pancaragam pelajar sekolah berarak mengelilingi taman sambil mengalunkan irama yang rancak bagi menghiburkan pengunjung.



                Ramai pengunjung yang mengekori kumpulan pancaragam ini mengelilingi taman botani. Tidak ubah seperti cerita Pied Piper of Hamelin. Cuma yang mengekori mereka bukan hanya kanak-kanak tetapi juga orang dewasa.















Kings Park - Bahagian 2 (Jalan-Jalan di Taman Botani)

Ada perkhidmatan pemandu pelancong secara percuma di sediakan disini tetapi saya telah melewati masa yang ditetapkan bagi bertemu dengan mereka.


Bertemu di sini!

Jadi langkah diteruskan melewati taman-taman bunga yang ada. 


Terdapat lebih 3000 daripada 13 500 spesies tumbuhan yang ada di seluruh Western Australia.

Terdapat juga 206 jenis kulat yang tumbuh dengan subur mengikut musim. 80 jenis spesis burung pula menjadikan Kings Park sebagai taman permainan.


Pelan Lokasi Taman Botani

   Malangnya kedatangan saya ketika ini adalah diwaktu musim bunga hampir berakhir.  Kebanyakkan bunga-bunga liar yang hidup subur dahulu kini layu kerana musim panas akan tiba.
Walau bagaimanapun terdapat saki baki bunga-bunga yang masih hidup.  
















































Meneruskan perjalanan, saya memasuki kawasan yang dipanggil sebagai “Wanju Nyoongar Boodja” yang bermaksud “Selamat Datang ke Negeri Nyoongar”.

Nyoongar adalah kaum orang asli Australia yang dahulunya tinggal di kawasan barat Western Australia.










Disini saya dapat mengenali tumbuh-tumbuhan yang jadikan ubat, makanan dan peralatan untuk memburu.

Saya berjalan melalui “Boodja Garning Walk” yang bermaksud “Jalan Kehidupan”. Jalan sepanjang 1.5km ini akhirnya bertemu dengan dua persimpangan denai iaitu "Yorga Track dan Maarm Track".

Jika mengikut tradisi kaum Nyoongar, Yorga Track adalah laluan untuk kaum wanita manakala Maarm Track adalah laluan untuk kaum lelaki.

Laluan Yorga Track sepanjang 1.1km adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan laluan Maarm Track sepanjang 1.7km. Sudah tentu saya mengambil laluan Yorga Track.

Walau bagaimana pun, kedua-dua laluan ini akan bertemu semula di pintu masuk yang sama.

Perjalanan saya diteruskan dengan menikmati keindahan tumbuh-tumbuhan yang di datangkan dari daerah Mulga, Desert dan Kimberly.


























Kebanyakkan tumbuh-tumbuhan ini di percayai hampir pupus akibat kebakaran hutan. Terdapat satu jabatan yang bertindak untuk memelihara saki baki spesis tumbuhan yang pupus ini.

Oh! Hati-hati ketika datang ke sini pada musim bunga. Sang lebah banyak di sini.


 Setiap negeri di Australia mempunyai lambang bunga yang tersendiri.