Ketika berada di Katanning, suami
yang menyedari kekecewaan saya lantas bertanya, “Mahu pergi ke Boyup Brook?”
Terkebil-kebil mata saya memandang
beliau lalu saya berkata, “Boyup Brook? Apa ada di sana?”
“Dengar cerita terdapat kentut koala
yang dibotolkan tetapi saya kurang pasti,” jawab suami tersenyum sumbing
seolah-olah ada perkara yang mahu dirahsiakan.
Cik puan Iza lantas bertanya,
“Bagaimana pula mereka membotolkan kentut koala? Tidak masuk akal langsung.”
Suami yang seolah-olah sedang cuba
menahan ketawa berkata, “Apa kata kita pergi melihatnya. Mahukah?”
Tanpa berlengah lagi saya terus
menghidupkan enjin kereta lantas meninggalkan bandar Katanning.
Sambil memerhati jalan lurus di
hadapan, saya bertanya pada suami, “Berapa jauh perjalanan dari sini ke Boyup
Brook?”
Beliau membelek-belek peta di
tangannya sebelum menjawab, “Lebih kurang 130km.”
“130km? Sempatkah kita pulang ke
rumah malam ini?”
“Jika Tuhan izinkan, kita akan
sampai ke rumah sebelum tengah malam,” jawab suami selamba.
Saya terus bertanya cik puan Iza
minta pendapat, “Bagaimana? Mahu teruskan perjalanan ke Boyup Brook?”
Jawapan yang diberikan mencuit hati
kami, “Oh sudah tentu. Teruskan saja. Saya mahu melihat kentut si koala. Jika
boleh, saya mahu kentut saya dibotolkan juga.”
Kami semua ketawa berdekah-dekah.
Perjalanan sejauh 130km itu
mengambil masa lebih kurang dua jam setengah. Sepanjang perjalanan,di kiri
kanan hanyalah rimbunan pohon-pohon eucaliptus dan pohon gum.
Teringat pula pada waktu kecil
dahulu saya suka menonton cerita koboi yang bertajuk “The High Capral” dan
“Little House on The Prairie”. Keadaan kawasan rumah-rumah di sini lebih kurang
sama dengan lokasi penggambaran drama-drama tersebut.
Kerana mengejar masa, saya tidak
dapat merakamkan gambar di sepanjang perjalanan. Saya perlu pastikan kami tiba
di rumah tidak terlalu lewat.
Tiba di Boyup Brook, kami terus
mencari pusat informasi.
Ketika memasuki pusat informasi tersebut, seorang wanita dalam usia 60 tahun sedang mengait benang untuk dijadikan baju sejuk, sedang berada di kaunter pendaftaran.
Apabila melihat kami, beliau terus
mengunjurkan buku pendaftaran pelawat sambil melemparkan senyuman manis. Beliau
juga turut memberi sedikit penerangan tentang pusat informasi itu sebelum
membiarkan kami meninjau-ninjau barangan cenderahari yang terdapat di situ.
Kawasan
pameran cenderahati berada di bahagian hadapan.
Terdapat
sebuah bilik yang dijadikan tempat pameran rama-rama. Kami melihat banyak
spesis rama-rama yang telah diawet,
tergantung di dinding.
Teringat pula pada Taman Rama-Rama
di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Pamerannya hampir serupa sahaja. Tinggal
lagi di sini mereka hanya meminta sumbangan ikhlas sebagai tiket masuk. Jika
tidak mahu menyumbang pun tidak mengapa.
Di sebuah bilik lagi adalah bilik
pameran patung-patung mainan kanak-kanak yang telah direka oleh Puan Ede
Tuckett. Puan Ede Tuckett adalah salah seorang penduduk di situ.
Ketika memasuki bilik tersebut,
entah mengapa secara tiba-tiba bulu roma meremang.
Patung-patung itu
seolah-olah hidup dan memerhatikan setiap pergerakan!
Lantas saya terfikir watak dalam
filem ‘Childs Play’ iaitu ‘Chucky’ yang dirasuk roh jahat lalu menjadi
pembunuh.
Saya
tidak mahu berada di situ lama-lama. Terus saja beredar ke bahagian
cenderahati.
Kedengaran suara suami melaung.
Terus saya menghampirinya lalu beliau terus menunding ke arah sesuatu.
Saya terus membaca informasi yang diberikan, lantas tergelak besar. Terus saya menggamit ke arah cik puan Iza yang teruja melihat patung-patung sebesar budak berusia dua tahun.
“Eh, memang betul ada kentut koala. Macam mana mereka botolkannya ya?” tanya beliau kehairanan.
Saya dan suami makin ketawa mengekek.
Tips :
1.
Boyup Brook adalah tempat
meraikan Festival Country Music di Western Australia.
2.
Festival Country Music
diadakan pada bulan Febuari.
3.
Tiada makanan halal dijual.
4. Jika mahu tahu bagaimana bau
kentut koala, boleh dapatkan dari www.naturesalternative.com.au
atau datang saja ke sini.
5. Boleh layari laman sesawang http://www.boyupbrooktourism.com.au/Boyup-Brook-Accommodation.html
untuk mencari tempat penginapan.
No comments:
Post a Comment